03 August 2016

Step By Step Pengeluaran KWSP untuk Bayar MARA

Satu perangai jabatan kerajaan ini adalah biokrasi & prosedur yang menyusahkan. Benda ni terjadi bila aku nak buat pengeluaran duit simpanan KWSP..walaupun hakikatnya duit simpanan ini adalah hasil titik peluh kita, macam-macam cengkadak wal mengkarung nak itu ini.

Aku nak langsaikan sekaligus pinjaman MARA aku yang tinggal RM 3k lebih je lagi. Tambahan pula MARA akan bagi diskaun 20% kalau peminjam membuat pembayaran sekali gus atau lump sum. Mula-mula aku ingat kena bayar cash, mana nak cekaw duit 3k..last2 aku pi dekat http://insentif50.mara.gov.my/ baca satu per satu T&C dia, rupanya boleh bayar melalui KWSP.

Malas nak taip panjang-panjang sebab bos duk kerling semacam, ni step by step yang aku nak kongsikan untuk memudahkan semua orang.

1. Sebelum memohon insentif MARA ni, pastikan yang pertama cari balik surat perjanjian MARA, sebab bila dah pohon dan lulus, dia bagi masa hanya sebulan untuk pembayaran semula. Surat Perjanjian ni KWSP akan minta masa submit borang pengeluaran. Benda ni paling menyusahkan, yang dah hbis study 6-7 tahun mana nak cari. Kalau dah tak ada dalam simpanan, tulis surat rasmi ke HQ MARA minta salinan. Kalau nak cepat walk in terus. Kalau nak tunggu surat dia reply lambat, dah la call nak follow up pun susah nak angkat.
(aku bernasib baik sebab jumpa balik lepas seminggu selongkar habis stor)

2. Bila dah jumpa surat perjanjian ni, terus mohon dekat link insentif50 tadi, tunggu dalam beberapa hari dia akan e-mail surat kalau permohonan berjaya

3. Next step, pergi ke mana-mana pejabat mara negeri, atau kalau rajin dan banyak duit terbang pi ibu pejabat MARA terus. Pergi ke bahagian kawalan kredit dan minta dia buat Penyata Baki Terkini dalam FORMAT KWSP. Tunjukan surat insentif yang mara e-mail tadi, minta pegawai MARA tu buat penyata berdasarkan diskaun tu.

4. Siap dua dokumen penting ni, buat copy untuk sijil diploma/degree dan transkrip final kome. Kalau rajin p buat pengesahan untuk copy ni. Kalau malas, tak ada masa, bawa yang original masa nak submit kat kwsp. Pegawai kaunter akan sahkan.

5. Ok, sekarang terus pergi ke pejabat KWSP, isi borang dia bagi, bagi segala macam mak nenek dokumen yang dah ready. Dia akan maklum ambil masa dalam 21 hari untuk proses.

7. KWSP akan hantar surat pemberitahuan bayaran, scan@ mek gambar attach dekat http://insentif50.mara.gov.my/
Lepas Log In, click status permohonan, click cara bayaran, pastu attached dekat "muat naik resit"
  contoh pemberitahuan bayaran


p/s: Kalau tak pasti dengan apa yang KWSP nak, awal sekali pi dekat pejabat KWSP minta borang pengeluaran, ada la syarat2 dia situ

Alhamduillah submit ke KWSP 2hb Ogos, 9hb  KWSP hantar surat dah buat bayaran, 16hb check e-baki, dah setel..aminn..selesai 1 bab, boleh la fokus nak sediakan kelengkapan nak sambut orang baru...

OK..SELESAI..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...